Jumaat, 21 Oktober 2011

5 Jenis Labah-Labah Yang Paling Berbahaya Di Dunia

Labah-labah merupakan sejenis araknid yang mempunyai 8 kaki secara amnya. Labah-labah juga penting pada ekosistem kerana ianya membunuh banyak populasi serangga yang berbahaya pada manusia, dapat memelihara tanaman dari serangga perosak dan dapat menjaga dari populasi serangga yang merosakkan berkembang. Ini adalah labah-labah yang paling berbahaya di dunia.

NO 5 - The Red Back Spider

Labah-labah Red Back mempunyai punggung yang berwarna merah dan ditemukan di seluruh penjuru Australia. Red Back betina biasanya berwarna hitam dengan jejak merak pekat dan bergaris dibahagian belakangnya. Red Back mempunyai racun neurotoksik dan bila ianya mengigit dapat menyebabkan kelemahan otot, mual,dan muntah. Yang paling berbahaya ialah lumpuh dan boleh membawa kepada kematian.

NO 4 - The Funnel Web

Labah-labah funnel web juga berasal dari Australia. Funnel web jantan berwarna hitam atau coklat gelap. Funnel web apabila ianya menyerang, ianya akan berdiri dengan kaki belakangnya dan menunjukkan taringnya di bahagian depan dengan mengangkatnya. Funnel web juga memiliki racun neurotoksik dan gigitan mereka dapat menyebabkan pengeluaran air liur yang berlebihan, kejang, rasa sakit yang kuat, keluar air mata dan kadang-kadang dapat membunuh.

NO 3 - The Brazillian Wandering

Labah-labah Brazilian Wandering biasanya selalu ditemui di hutan Amereka Selatan. Brazilian Wandering selalunya bertindak agresif. Gigitannya sangat menyakitkan kerana ianya melepaskan serotonin ke aliran darah mangsanya. Serotonin mampu menyebabkan kematian.

NO 2 - The Brown Recluse

Labah-labah kecil ini mempunyai punggung yang berbentuk biola. Racun Brown Spider menyebabkan bengkak. Gigitannya tidak menyebabkan sakit, tetapi jangan salah sangka kerana bengkak tersebut mampu cair dan menyebabkan seperti kesan melecur yang dalam pada kulit. Pernah ada satu gigitan yang telah menyebabkan peha seorang manusia seperti melecur yang dalam. Mangsa tidak sedar yang ianya telah digigit kerana tidak berasa sakit gigitannya. Berikut adalah gambar mangsa yang terkena gigitannya :

Sememangnya menyakitkan!!

NO 1 - The Black Widow

Ini lah labah-labah yang paling berbahaya di dunia dan yang paling membunuh. Black Widow ini dapat ditemui di Amerika Utara. Badannya yang berwarna merah terang dan hitam pekat pun sudah memberi amaran yang ianya sangat beracun. Racun neurotoksik Black Widow akan menyebabkan rasa yang amat sakit apabila digigit, dengan dua taring besarnya yang meninggalkan kesan dua lubang di bahagian yang digigitnya. Gejala-gejala gigitannya menyebabkan rasa sakit perut, sakit dibahagian yang digigit, lumpuh otot, tekanan darah tinggi, gagal pernafasan dan boleh membawa kepada kematian.

p/s : Jom pegang labah2 nih...hehe :P

005-5 Jenis Labah-Labah Yang Paling Berbahaya Di Dunia

5 ulasan:

  1. Ari ni ku jumpa sekor lelabah kat umah.. Mcm bahaya ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahhaha ape lah...jumpe lelabah terus takot...cer tgk btol2 (org ats nie) kalau bace lah.ade x ciri2 lelabah tu cm kt ats nie?? kuang3

      Padam
  2. Salam tuan, adakah foto2 labah-labah ini kepunyaan peribadi tuan?

    BalasPadam